PAKEJ UMRAH HILTON
Nikmati pengalaman Umrah yang penuh berkah dengan pakej eksklusif dari Hilton, di mana keselesaan dan kemewahan bertemu dengan ibadah yang penuh makna. Menginap di hotel bertaraf lima bintang yang terletak berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, untuk pengalaman ibadah yang lebih dekat dan mudah.
Sertai kami dalam pakej Umrah yang direka khusus untuk memberi pengalaman ibadah yang sempurna dan penuh berkah. Kami menyediakan segala yang anda perlukan untuk memastikan perjalanan ibadah anda berjalan lancar, dari kemudahan pengangkutan yang selesa hingga penginapan yang selesa, dengan disertai oleh mutawwif berpengalaman yang akan membimbing anda sepanjang perjalanan. Berikut adalah keistimewaan pakej Umrah kami:
PAKEJ DAN KEMUDAHAN
Nikmati perjalanan yang selesa sepanjang perjalanan umrah anda dengan bas berhawa dingin yang direka untuk memberi keselesaan dan kebersihan terbaik. Anda akan dapat berehat sepenuhnya antara perjalanan ziarah dan ibadah di Tanah Suci.
Umrah (2x)
Pakej ini memberi peluang untuk menunaikan umrah sebanyak dua kali di Tanah Suci. Setiap ibadah akan diatur dengan sempurna untuk memastikan anda dapat merasai pengalaman spiritual yang mendalam tanpa sebarang kesulitan.
Visa Umrah
Kami uruskan semua keperluan visa umrah anda, memastikan segala urusan perjalanan anda berjalan lancar. Anda tidak perlu risau tentang dokumentasi, kerana kami akan memastikan proses visa selesai dengan cepat dan efisien.
Mutawwif yang berpengalaman
Sepanjang perjalanan, anda akan dibimbing oleh mutawwif yang berpengalaman, yang akan membantu anda memahami setiap langkah ibadah dengan mendalam. Mereka akan memastikan anda melaksanakan umrah dengan penuh kefahaman dan keberkatan.
30 Lokasi Ziarah
Selain menunaikan umrah, pakej ini juga merangkumi lawatan ke 30 lokasi ziarah yang penuh sejarah di sekitar Mekah dan Madinah. Anda akan berpeluang untuk mengunjungi tempat-tempat penting seperti Jabal Uhud, Masjid Quba, dan banyak lagi untuk memperdalam pengetahuan dan memperkukuhkan iman.
Kursus Umrah Bermodul
Sebelum berangkat, anda akan menyertai kursus Umrah bermodul yang lengkap. Kursus ini memberi penerangan terperinci mengenai setiap aspek ibadah Umrah, daripada niat hingga doa-doa penting, serta panduan praktikal untuk perjalanan yang lancar dan bermakna.
Penerbangan Transit
Penerbangan anda akan melibatkan transit untuk memberikan keselesaan sepanjang perjalanan. Kami memastikan setiap penerbangan dan perhentian dipilih dengan teliti, agar anda dapat berehat dengan baik sebelum tiba di Tanah Suci untuk memulakan ibadah.
Dengan pakej Umrah ini, kami memastikan bahawa setiap aspek perjalanan anda dirancang dengan teliti untuk memberikan anda pengalaman ibadah yang penuh keberkatan, keselesaan, dan pengetahuan. Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan Umrah dengan penuh ketenangan dan keselesaan bersama kami.
KENAPA MENGEMBARA DENGAN KAMI?
PENGALAMAN LEBIH DARIPADA 15+ TAHUN
2000+ PELANGGAN SEJAK 2011
DIIKTIRAF OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)
PAKEJ UMRAH DIY
FAQ UMRAH BINNAEM TRAVEL & TOURS
1. Tiket penerbangan Pergi dan Balik
2. Hotel Makkah & Madinah - mengikut pilihan pakej
3. Pengangkutan Darat
4. Makan :- Fullboard Madinah / Breakfast only Makkah
5. Ziarah Makkah & Madinah
6. Mutawwif
7. Kursus Umrah Percuma
Bagi bayaran deposit adalah seperti berikut:
● Jemaah cuma perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM 1000/pax sahaja.
● Pembayaran ke 2 :- 120 Hari sebelum penerbangan
● Pembayaran Akhir :-60 Hari sebelum penerbangan.
Bagi dokumen Jemaah perlu sediakan adalah seperti dibawah:
● Passport original tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum penerbangan
● 2 keping gambar berukuran passport berlatar belakang putih.
1. Jemaah digalakkan lengkap vaksin mengikut umur dan jenis vaksin yang diterima sebelum membuat pendaftaran.
2. Jemaah perlu menyediakan dokumen lengkap.
3. Jemaah perlu memastikan faham polisi pendaftaran dan keseluruhan pakej yang ditawarkan sebelum pendaftaran.
4. Jemaah perlu menghadirkan diri ke kursus umrah bagi mendapatkan ilmu sebagai persediaan melaksanakan ibadah umrah.
5. Jemaah perlu membawa telefon pintar yang terkini bermula 2018 dan keatas bagi pengguna android manakala Iphone 7 dan keatas bagi pengguna Iphone.
6. Jemaah perlu memastikan kesihatan diri (mental dan fizikal) dalam keadaan baik sehinggalah tarikh penerbanagan.
Tiada had umur
Sewaktu pendaftaran Jemaah boleh merujuk tentatif umum. Tentatif yang lengkap untuk group pelepasan akan diberikan dalam group Jemaah sebelum tarikh pelepasan. (setelah ada pengesahan penerbangan)
Ya. Jemaah boleh dapatkan harga pakej privasi melalui ejen sah/ cawangan. Pihak HǪ akan keluarkan harga pakej privasi mengikut permintaan Jemaah. (3 hari waktu bekerja)
Ya. Jemaah akan dibimbing oleh mutawif umrah wajib sebanyak 1x mengikut pakej.
Harga berbeza bagi kanak-kanak tanpa katil ( 2 hingga 5 tahun) - Penolakan RM 2000 daripada harga pakej bilik berempat (Flat Rate)
Tidak perlu, SOP Malaysia dan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan SWAB Test.
Semua pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon Visa Umrah / Visa Pelancong. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej. Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi.
Sekiranya pelanggan ingin mengambil perlindungan tambahan lain, pihak syarikat amat menggalakkan berbuat demikian.
Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.
Visa Pelancong (Tourist | Visa Umrah | |
---|---|---|
Umur | Tiada Had Umur | Had Umur Bermula 18 Tahun Ke Atas (Mengikut Sop Semasa Kerajaan Arab Saudi) |
Mahram | Kelonggaran Isu Mahram | Mahram Perlu Kepada Dokumentasi Lengkap |
Hotel | Tempahan Hotel dan Kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukan | Tempahan Hotel dan Kenderaan PERLU dilakukan ketika permohonan Visa Umrah |
Visa | Sah Selama 1 Tahun | Sah Visa Umrah 30 Hari |
Entry | Kemasukan Berulang (Multiple Entry) | Kemasukan Sekali Sahaja |
Jumlah Hari | Boleh Tinggal selama 90 hari | Boleh tinggal 30 hari |
Insurans | Dilindungi Insuran Covid-19 | Dilindungi Insuran Covid-19 |
Kami akan buat program kursus bersama Pembimbing Umrah berskala kecil 1 Bulan sebelum penerbangan.Bagi jemaah berada di luar lembah Klang, Kursus Umrah akan disusun bersama syarikat JV Umrah yang berdekatan dengan jemaah atau Kursus Umrah Online
Ya, Insya Allah setakat hari ini, kami masih menggunakan syarikat penerbangan Saudi Airlines atau Malaysia Airlines. Sekiranya bertukar, pihak syarikat akan memilih perkhidmatan penerbangan terus yang lain.
Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan ditentukan oleh Pembimbing Umrah Bin Naem
● Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu tidak lagi terguna pakai di dalam sistem.
● Bagi menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan permit muasasah (visa umrah) atau aplikasi nusuk (visa tourist).
● Jemaah (VISA UMRAH ) tidak dibenarkan untuk membuat permohonan melalui nusuk kerana akan mengganggu permohonan di dalam sistem muasasah
Lokasi hotel, pakej makan dan kos guru agama akan menyebabkan harga pakej berbeza.
Setiap pakej BNTT akan ada pilihan untuk 4 sebilik, 3 sebilik dan 2 sebilik.
Boleh tiada masalah. Dengan syarat, jemaah perlu membawa daftar bilangan keluarga sesuai dengan jenis bilik. Contoh jika bilik berempat, bilangan ahli keluarga perlu empat orang sesuai dengan bilik tersebut. Begitu juga jenis bilik lain.
Had bagi kumpulan umrah bagi satu rombongan ialah 30 – 40 orang, jika lebih kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, 2 bas, 2 Mutawwif atau lebih bagi menjamin keselesaan jemaah.
Ya, harga pakej masih sama. Kos pengangkutan daripada Sabah atau Sarawak ke KLIA ditanggung oleh jemaah.
Ya, Mutawwif ditugaskan bersama para jemaah dan membantu serta mempermudahkan urusan sepanjang di tanah suci. Begitu juga dengan seorang lagi Guru Agama atau Ustaz yang akan memberi pengisian dan penghayatan semasa program umrah.
Boleh dan tiada halangan dari pihak kami. Jemaah mesti membawa pembantu bagi memudahkan jemaah dibawa ke Dialisis Centre. Harga pakej tidak termasuk kos dialisis.
Ya, akan ada seorang Mutawwiffah bantu jemaah wanita untuk masuk beribadah di Raudhah.
Bagi individu yang tidak sihat, tiada keperluan khas sebelum melakukan Umrah. jemaah hanya perlu membawa beberapa jenis ubat sebagai persediaan seperti ubat penahan sakit dan antihistamin untuk selesema biasa.
Bagi jemaah dengan penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu semasa merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan semasa bersama mereka sewaktu menunaikan Umrah.
Selain itu, jemaah Umrah digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh Umrah dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.
Jemaah perlu bawa waris/support sistem yang sihat sepenuhnya.
Tempahan boleh ditukarkan ke destinasi atau tarikh lain. Jika jemaah ingin refund boleh rujuk terma dan syarat BNTT
BNTT akan menggunakan bas. Jangka masa perjalanan Madinah ke Mekah lebih kurang 6 jam hingga 8 jam. - mengikut pilihan pakej @
Jemaah juga boleh memilih untuk menaiki High Speed Train (HST) bagi perjalanan Madinah ke Madinah.- Tertakluk kepada pilihan pakej promosi
Jarak daripada Hotel ke Masjid bergantung kepada pakej pilihan jemaah. BNTT akan berusaha untuk menyediakan penginapan selesa dengan jarak yang dekat bagi memudahkan jemaah.
Lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki bas.
Jemaah boleh melakukan Umrah sebanyak mungkin. Umrah akan dilakukan sebanyak 3 kali jika jemaah menyertai pakej Umrah berkumpulan, satu daripadanya dengan bimbingan Mutawwif.
Jemaah dinasihatkan untuk berada di lapangan terbang 5 jam sebelum masa pelepasan.
Bagi Jemaah Visa Umrah akan terima 5 liter air Zam-Zam Namun demikian, kebenaran mendapatkan air Zam-Zam ini bergantung pada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi.
Agensi Pengendali Umrah yang betul adalah salah satunya yang akan memberikan anda ketulusan yang lengkap dalam semua urusan anda. Terdapat banyak Agensi Pengendali Umrah yang mempromosikan harga pakej umrah yang terlalu rendah sebagai gimik tetapi akhirnya akan meminta wang tambahan dengan memberi berbagai alasan seperti kenaikan Cukai kerajaan, Cukai Lapangan Terbang atau turun naik Riyal dan lain-lain lagi. Pemilihan agensi untuk pergi umrah jangan sekali-kali memilih agensi yang menawarkan harga pakej paling murah tetapi pilihlah yang memberi kemudahan- kemudahan yang terbanyak. Pastikan agensi mempunyai Lesen Akreditasi IATA, kontrak dengan Muassasah Arab Saudi dan nama yang tersenarai di kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur/ kementerian Haji Arab Saudi dan Jawhar.