MULAKAN PENGEMBARAAN ANDA DI TURKI

Nikmati pengembaraan yang menarik dengan warisan budaya yang kaya, tapak Keajaiban Dunia, serta rasai keramahan penduduknya yang sentiasa menyambut pengunjung dengan senyuman dan kehangatan bersama Binnaem Travel & Tours

Turki adalah jantung antara dua benua, Eropah dan Asia, yang menawarkan gabungan budaya Timur dan Barat yang memukau. Dari keindahan Istanbul yang bersejarah hingga ke pantai-pantai Mediteranean yang menakjubkan, Turki adalah destinasi yang memikat hati setiap pengunjung. Nikmati citarasa makanan yang luar biasa – dari kebab yang dihidang panas-panas, ke baklava yang manis, setiap sudut Turki menyajikan pengalaman gastronomi yang tidak akan dapat anda lupakan.

Turkeyyy-01

LOKASI LAWATAN

istanbul

Sebuah banda yang menakjubkan, terletak di antara dua benua, Eropah dan Asia. Istanbul terkenal dengan warisan sejarahnya yang kaya, termasuk Hagia Sophia, Masjid Biru, dan Grand Bazaar.

ankara

Ankara

Merupakan ibu kota Turki yang moden dan pusat pentadbiran negara. Ankara juga menempatkan pelbagai jenis muzium dan monumen penting seperti Makam dan lain-lain.

cappadocia

Cappadocia

Terkenal dengan landskap yang sangat unik, sekaligus menawarkan aktiviti popular seperti menaiki belon udara panas, dengan pemandangan gua-gua purba dan lembah yang indah.

konya

Sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya Islam, dikenali sebagai tempat tinggal Jalaluddin Rumi, seorang penyair dan juga merupakan seorang ahli sufi yang terkenal.

pammukle

Pamukkale

Destinasi yang sangat popular dengan teres batu kapur bewarna putih serta kolam air panas semula jadi. Pamukkale juga merupakan salah satu keajaiban alam semula jadi Turki dan tapai warisan dunia UNESCO.

bursa

Bursa

Sebuah bandar bersejarah yang menjadi ibu kota pertama Empayar Uthmaniyyah. Ia terkenal dengan seni bina Ottoman yang indah, seperti Masjid Ulu dan Masjid Hijau.

KENAPA MENGEMBARA DENGAN KAMI?

best-customer-experience
PENGALAMAN LEBIH DARIPADA 15+ TAHUN
customer-care
2000+ PELANGGAN SEJAK 2011
review
DIIKTIRAF OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)
packing
PAKEJ UMRAH DIY

BERMINAT? HUBUNGI KAMI SEKARANG!

018-900 0291