Q & A

Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda semua. Segala persoalan berkaitan syarikat, terma & syarat umrah dan lain-lain yang berkaitan kami berikan jawapan yang terbaik untuk anda!

Soalan & Jawapan

FAQ Umrah Binnaem Travel & Tours

Koleksi lengkap soalan lazim tentang pakej umrah, haji, deposit, dokumen, dan perjalanan bersama Binnaem Travel & Tours.

Pakej Umrah Bin Naem Travel sudah termasuk

1. Tiket penerbangan Pergi dan Balik
2. Hotel Makkah & Madinah - mengikut pilihan pakej
3. Pengangkutan Darat
4. Makan :- Fullboard Madinah / Breakfast only Makkah
5. Ziarah Makkah & Madinah
6. Mutawwif
7. Kursus Umrah Percuma

Berapakah bayaran deposit & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?

Bagi bayaran deposit adalah seperti berikut:
● Jemaah cuma perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM 1000/pax sahaja.
● Pembayaran ke 2 :- 120 Hari sebelum penerbangan
● Pembayaran Akhir :-60 Hari sebelum penerbangan.
Bagi dokumen Jemaah perlu sediakan adalah seperti dibawah:
● Passport original tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum penerbangan
● 2 keping gambar berukuran passport berlatar belakang putih.

Apakah syarat/ tindakan yang perlu Jemaah ambil jika ingin pergi menunaikan umrah pada tahun ini?

1. Jemaah digalakkan lengkap vaksin mengikut umur dan jenis vaksin yang diterima sebelum membuat pendaftaran.
2. Jemaah perlu menyediakan dokumen lengkap.
3. Jemaah perlu memastikan faham polisi pendaftaran dan keseluruhan pakej yang ditawarkan sebelum pendaftaran.
4. Jemaah perlu menghadirkan diri ke kursus umrah bagi mendapatkan ilmu sebagai persediaan melaksanakan ibadah umrah.
5. Jemaah perlu membawa telefon pintar yang terkini bermula 2018 dan keatas bagi pengguna android manakala Iphone 7 dan keatas bagi pengguna Iphone.
6. Jemaah perlu memastikan kesihatan diri (mental dan fizikal) dalam keadaan baik sehinggalah tarikh penerbanagan.

Berapa had umur yang boleh pergi ?

Tiada had umur

Boleh kah Jemaah dapatkan tentatif perjalanan pakej?

Sewaktu pendaftaran Jemaah boleh merujuk tentatif umum. Tentatif yang lengkap untuk group pelepasan akan diberikan dalam group Jemaah sebelum tarikh pelepasan. (setelah ada pengesahan penerbangan)

Adakah Bin Naem Travel membuka pakej privasi? Bagaimana cara mendapatkan harga dan untuk membuat pendaftaran?

Ya. Jemaah boleh dapatkan harga pakej privasi melalui ejen sah/ cawangan. Pihak HǪ akan keluarkan harga pakej privasi mengikut permintaan Jemaah. (3 hari waktu bekerja)

Bagi Jemaah yang tiada pengalaman adakah ada dibimbing untuk ibadah umrah? berapa kali kah ibadah umrah bimbingan mutawwif?

Ya. Jemaah akan dibimbing oleh mutawif umrah wajib sebanyak 1x mengikut pakej.

Berapakah harga bagi Jemaah kanak-kanak?

Harga berbeza bagi kanak-kanak tanpa katil ( 2 hingga 5 tahun) - Penolakan RM 2000 daripada harga pakej bilik berempat (Flat Rate)

Perlu ke buat ujian Swab Test Covid-19 ?

Tidak perlu, SOP Malaysia dan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan SWAB Test.

Ada tak keperluan untuk mengambil insurans tambahan?

Semua pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon Visa Umrah / Visa Pelancong. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej. Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi.
Sekiranya pelanggan ingin mengambil perlindungan tambahan lain, pihak syarikat amat menggalakkan berbuat demikian.

Apakah jenis visa yang boleh digunapakai untuk menunaikan umrah?

Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.

Visa Pelancong (TouristVisa Umrah
UmurTiada Had UmurHad Umur Bermula 18 Tahun Ke Atas (Mengikut Sop Semasa Kerajaan Arab Saudi)
MahramKelonggaran Isu MahramMahram Perlu Kepada Dokumentasi Lengkap
HotelTempahan Hotel dan Kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukanTempahan Hotel dan Kenderaan PERLU dilakukan ketika permohonan Visa Umrah
VisaSah Selama 1 TahunSah Visa Umrah 30 Hari
EntryKemasukan Berulang (Multiple Entry)Kemasukan Sekali Sahaja
Jumlah HariBoleh Tinggal selama 90 hariBoleh tinggal 30 hari
InsuransDilindungi Insuran Covid-19Dilindungi Insuran Covid-19
Bila kursus umrah akan bermula

Kami akan buat program kursus bersama Pembimbing Umrah berskala kecil 1 Bulan sebelum penerbangan.Bagi jemaah berada di luar lembah Klang, Kursus Umrah akan disusun bersama syarikat JV Umrah yang berdekatan dengan jemaah atau Kursus Umrah Online

Bin Naem Travel menggunakan penerbangan jenis apa ?

Ya, Insya Allah setakat hari ini, kami masih menggunakan syarikat penerbangan Saudi Airlines atau Malaysia Airlines. Sekiranya bertukar, pihak syarikat akan memilih perkhidmatan penerbangan terus yang lain.

Macam mana nak beli simkad?

Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan ditentukan oleh Pembimbing Umrah Bin Naem

Macam mana nak dapatkan slot solat, umrah, ziarah Raudah dan Rasulullah?

● Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu tidak lagi terguna pakai di dalam sistem.
● Bagi menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan permit muasasah (visa umrah) atau aplikasi nusuk (visa tourist).
● Jemaah (VISA UMRAH ) tidak dibenarkan untuk membuat permohonan melalui nusuk kerana akan mengganggu permohonan di dalam sistem muasasah

Kenapa harga berbeza bagi setiap pakej ?

Lokasi hotel, pakej makan dan kos guru agama akan menyebabkan harga pakej berbeza.

Pakej umrah Bin Naem Travel berapa orang sebilik ?

Setiap pakej BNTT akan ada pilihan untuk 4 sebilik, 3 sebilik dan 2 sebilik.

Bolehkah saya berkongsi bilik hanya dengan keluarga saya ?

Boleh tiada masalah. Dengan syarat, jemaah perlu membawa daftar bilangan keluarga sesuai dengan jenis bilik. Contoh jika bilik berempat, bilangan ahli keluarga perlu empat orang sesuai dengan bilik tersebut. Begitu juga jenis bilik lain.

Berapakah had bagi kumpulan umrah ?

Had bagi kumpulan umrah bagi satu rombongan ialah 30 – 40 orang, jika lebih kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, 2 bas, 2 Mutawwif atau lebih bagi menjamin keselesaan jemaah.

Jika dari Sabah dan Sarawak, adakah harga pakej masih sama ?

Ya, harga pakej masih sama. Kos pengangkutan daripada Sabah atau Sarawak ke KLIA ditanggung oleh jemaah.

Bagaimana perjalanan sepanjang di sana? Adakah Ustaz, pembimbing atau mutawif akan ikut bersama ?

Ya, Mutawwif ditugaskan bersama para jemaah dan membantu serta mempermudahkan urusan sepanjang di tanah suci. Begitu juga dengan seorang lagi Guru Agama atau Ustaz yang akan memberi pengisian dan penghayatan semasa program umrah.

Saya sedang menjalani rawatan dialisis, bolehkah saya menunaikan ibadah umrah ?

Boleh dan tiada halangan dari pihak kami. Jemaah mesti membawa pembantu bagi memudahkan jemaah dibawa ke Dialisis Centre. Harga pakej tidak termasuk kos dialisis.

Adakah akan ada Mutawiffah yang akan bimbing jemaah wanita ke Raudhah ?

Ya, akan ada seorang Mutawwiffah bantu jemaah wanita untuk masuk beribadah di Raudhah.

Bolehkah saya menunaikan Umrah ketika sakit ?

Bagi individu yang tidak sihat, tiada keperluan khas sebelum melakukan Umrah. jemaah hanya perlu membawa beberapa jenis ubat sebagai persediaan seperti ubat penahan sakit dan antihistamin untuk selesema biasa.
Bagi jemaah dengan penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu semasa merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan semasa bersama mereka sewaktu menunaikan Umrah.
Selain itu, jemaah Umrah digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh Umrah dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.
Jemaah perlu bawa waris/support sistem yang sihat sepenuhnya.

Bagaimana jika saya membatalkan tempahan saya ?

Tempahan boleh ditukarkan ke destinasi atau tarikh lain. Jika jemaah ingin refund boleh rujuk terma dan syarat BNTT

Apakah mod pengangkutan dari Mekah ke Madinah / Madinah ke Mekah ?

BNTT akan menggunakan bas. Jangka masa perjalanan Madinah ke Mekah lebih kurang 6 jam hingga 8 jam. - mengikut pilihan pakej @
Jemaah juga boleh memilih untuk menaiki High Speed Train (HST) bagi perjalanan Madinah ke Madinah.- Tertakluk kepada pilihan pakej promosi

Berapa jarak hotel ke Masjid ?

Jarak daripada Hotel ke Masjid bergantung kepada pakej pilihan jemaah. BNTT akan berusaha untuk menyediakan penginapan selesa dengan jarak yang dekat bagi memudahkan jemaah.

Berapa jauh antara hotel dan lapangan terbang ?

Lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki bas.

Berapa kali saya boleh melakukan Umrah ?

Jemaah boleh melakukan Umrah sebanyak mungkin. Umrah akan dilakukan sebanyak 3 kali jika jemaah menyertai pakej Umrah berkumpulan, satu daripadanya dengan bimbingan Mutawwif.

Berapa awal perlu saya berada di lapangan terbang sebelum pelepasan ?

Jemaah dinasihatkan untuk berada di lapangan terbang 5 jam sebelum masa pelepasan.

Adakah air zam-zam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk dibawa pulang ?

Bagi Jemaah Visa Umrah akan terima 5 liter air Zam-Zam Namun demikian, kebenaran mendapatkan air Zam-Zam ini bergantung pada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi.

Bagaimana Untuk Memilih Agensi Pengendali Umrah Yang Sah Dan Betul?

Agensi Pengendali Umrah yang betul adalah salah satunya yang akan memberikan anda ketulusan yang lengkap dalam semua urusan anda. Terdapat banyak Agensi Pengendali Umrah yang mempromosikan harga pakej umrah yang terlalu rendah sebagai gimik tetapi akhirnya akan meminta wang tambahan dengan memberi berbagai alasan seperti kenaikan Cukai kerajaan, Cukai Lapangan Terbang atau turun naik Riyal dan lain-lain lagi. Pemilihan agensi untuk pergi umrah jangan sekali-kali memilih agensi yang menawarkan harga pakej paling murah tetapi pilihlah yang memberi kemudahan- kemudahan yang terbanyak. Pastikan agensi mempunyai Lesen Akreditasi IATA, kontrak dengan Muassasah Arab Saudi dan nama yang tersenarai di kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur/ kementerian Haji Arab Saudi dan Jawhar.

Masih ada soalan tentang pakej umrah atau haji?

Pasukan kami sedia membantu — balas dalam masa 24 jam pada hari bekerja.