Kursus Umrah Percuma

Kursus Percuma

Kursus Umrah Percuma Bersama Binnaem Travel

Fahami Ibadah Umrah Sebelum Berangkat — Percuma! Tambah ilmu, mantapkan persediaan, dan rasai pengalaman ibadah yang lebih teratur dan tenang.

100% PercumaBimbingan MutawwifPra-BerangkatTempat Terhad

Daftar Sekarang — Tempat Terhad

Kursus umrah percuma ini dirancang untuk membantu anda memahami ibadah umrah dengan lebih mendalam sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sesi ini sesuai untuk jemaah kali pertama mahupun mereka yang ingin mengulang kaji ilmu manasik umrah bersama pembimbing berpengalaman.

Poster Kursus Umrah Percuma Binnaem Travel

Tujuan Kursus Umrah Ini

Kursus umrah yang kami tawarkan bertujuan untuk:

1

Memberikan pendedahan menyeluruh mengenai ibadah umrah, termasuk rukun, wajib dan sunat-sunat umrah mengikut panduan syarak.

2

Membimbing peserta memahami tatacara pelaksanaan ibadah umrah secara teori dan praktikal agar dapat menunaikannya dengan sempurna.

3

Menjelaskan persiapan rohani, fizikal dan mental yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah.

4

Memberi penerangan tentang situasi sebenar di Tanah Suci, termasuk adab, larangan, budaya setempat dan pengurusan masa semasa berada di sana.

5

Meningkatkan penghayatan dan keinsafan peserta terhadap makna sebenar ibadah umrah sebagai satu bentuk pengabdian kepada Allah SWT.

6

Membantu peserta mengelakkan kesilapan lazim semasa menunaikan umrah melalui perkongsian pengalaman dan simulasi praktikal.

7

Mengukuhkan kefahaman berkaitan doa-doa mustajab dan amalan di tempat-tempat suci seperti Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Bukit Safa-Marwah dan lain-lain.

8

Memberi panduan keselamatan dan kesihatan kepada jemaah sepanjang perjalanan dan berada di Tanah Suci.

9

Mempupuk semangat persaudaraan dan tolong-menolong antara jemaah semasa dalam perjalanan dan pelaksanaan ibadah umrah.

Siapa Yang Layak Sertai?

Kursus ini terbuka kepada semua yang berminat mempelajari ibadah umrah dengan betul.

  • Beragama Islam
  • Berniat untuk menunaikan umrah
  • Cukup umur dan waras
  • Sihat tubuh badan
  • Mereka yang menunaikan umrah kali pertama
  • Mereka yang dah pernah tunaikan umrah tapi ingin ulang kaji ilmu manasik umrah
  • Mereka yang ingin mendalami tatacara ibadah umrah secara betul
  • Wali atau penjaga kepada jemaah wanita (seperti bapa, suami, abang)
  • Guru atau pembimbing jemaah
  • Remaja atau pelajar yang ingin belajar awal

Pembimbing Rasmi Kursus

Dibimbing oleh Ustaz Izmir — pembimbing rasmi kursus umrah Binnaem Travel & Tours.

Biodata Pembimbing Rasmi Kursus Umrah Ustaz Izmir

Tentatif Pengisian & Tarikh Kursus

Tentatif Pengisian Kursus Umrah
Jadual Kursus Umrah Binnaem Travel

Galeri Kursus Umrah Terdahulu

Lihat suasana kursus umrah percuma yang telah kami laksanakan sebelum ini.

Testimoni Peserta Kursus

Daftar Kursus Umrah Percuma

Isi borang pendaftaran di bawah. Tempat adalah terhad — daftar awal untuk mengesahkan slot anda.

Kenangan Kursus Umrah

20,000+Jemaah Dilayan
15+Tahun Pengalaman
MOTACAgen Berdaftar

Sedia Untuk Persediaan Umrah Yang Mantap?

Daftar kursus percuma atau hubungi kami untuk maklumat pakej umrah terkini.